Tentang
Malay Tech Journal ialah blog nota lapangan dwibahasa tentang cloud security, AI guardrail dan teknologi pertahanan oleh Arif Bazli.
Malay Tech Journal ialah blog nota lapangan dwibahasa (Bahasa Melayu / English) tentang cloud security, AI guardrail dan teknologi pertahanan, ditulis oleh Arif Bazli untuk engineer yang membina dan mempertahankan sistem production.
Bukan soal nak jadi authoritative. Soal nak ada rekod.
Kebanyakan benda yang buat cloud security berfungsi, iaitu realiti production sebenar, hidup dalam Slack thread private, dokumen post-mortem dan buku nota teammate. Semuanya tak boleh dicari, tak boleh dikongsi, dan hilang bila orang tukar team.
Jurnal ni usaha aku untuk letak sebahagian daripadanya di open web, dengan sumber dipautkan supaya kau boleh semak sendiri setiap dakwaan.
- Ground Truth: esei penyelidikan yang menyemak dakwaan vendor dan industri dengan sumber primer.
- AI Guardrail Engineering: mereka bentuk, menguji dan menembusi guardrail untuk sistem LLM dan agentic.
- Cloud Security Engineering: posture, identiti, shift-left dan remediasi untuk cloud security engineer.
- Military AI & Defence: AI ketenteraan dan teknologi pertahanan, dari kaca mata Malaysia.
- Cloud security: posture, drift, identiti, runtime, supply chain dan multi-cloud
- AI guardrail: input/output filtering, pertahanan prompt injection dan lapisan keselamatan LLM
- Agentic systems: keselamatan runtime agent, capability scoping dan threat modelling
- Detection dan automation: detection rule, telemetri, policy-as-code, CI/CD dan secrets
- Insiden: apa yang rosak, kenapa, dan macam mana ia dibaiki
- Engineer yang baru masuk cloud security dan nak peta landskapnya
- Security engineer yang nak belajar bahagian AI
- AI builder yang nak tahu apa yang rosak dalam production
- Sesiapa yang suka baca working notes orang lain
Sebab macam tu la cara aku fikir pasal kerja teknikal. Banyak istilah takde terjemahan yang elok, dan memaksa terjemahan buat ayat jadi susah dibaca. Konsep teknikal lebih natural dalam bahasa asal ia dicipta.
Ada. Guna suis MS / EN di bar atas. Suis tu muncul pada setiap halaman yang ada terjemahan.
Takde jadual tetap. Aku tulis bila ada benda yang berbaloi ditulis, biasanya sekurang-kurangnya sebulan sekali. Langgan suapan RSS untuk dapat post baru.
Boleh. Tulisan di sini dilesenkan di bawah CC BY 4.0: kongsi atau ubah suai dengan bebas, kreditkan post asal dan letak pautan balik kepadanya.
E-mel desktop_onsite@aol.com. Aku baca semua; balasan mungkin lambat.